Just Click

Thursday, July 26, 2007

POPIA BASAH

Petang tadi sambil buat keje, aku ter pk nak buat popia basah. Tapi aku tak tau nak buat macam mner. Popia ni aku makan semasa aku belajar kat Shah Alam dulu. Bila aku balik Kg, aku tak pernah tengok popia yg aku mkn dekat pasar malam Shah Alam. Bukan per, aku teringin sangat nk makan popia tu. Aku try cari resipi kat internet. tapi tak tau la aku buat sama dngn apa yang aku makan dulu. Klu boleh aku nak cuba buat. Kat bawah ni aku sertakan resipi yang aku cari dalam internet.




RESIPI POPIA BASAH

Kulit Popia
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 camb minyak

Bahan Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng
Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat

Untuk membuat kulit.
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

Bahan Inti.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.

Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

Bahan Sos.
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...