Just Click

Sunday, September 28, 2008

Resipi Cinta

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

Friday, June 20, 2008

SEKADAR SANTAPAN ROHANI DARIKU ATAS SALING INGAT-MENGINGATI UNTUKMU

Wanita yang ku idamkan

Wanita yang ku idamkan
Adalah seorang wanita yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang hatinya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa berjuang di jalan islam

Wanita yang ku idamkan
Adalah wanita yang menjaga kutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan
Yang mempunyai sifat penyayang
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Wanita yang ku idamkan
Yang sentiasa menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada
Kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara
Menuju akhirat


Wanita yang ku idamkan
Yang sentiasa menjadi tauladan
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran
Yang mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari memandang maksiat
Yang sujudnya penuh kesyukuran
Dengan rahmat Allah keatasnya

Wanita yang ku idamkan
Tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Quran
Suaranya lesu kerana mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang sentiasa mengingati mati
Baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam hari kemudian

Wanita yang ku idamkan
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Yang ingin membawaku bersama
Dialah Wanita yang ku idamkan………..

INSYA-ALLAH

-------------------------- @ ---------------------------------

Tuhanku
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia menjadi milikku, terciptanya buatku,
Dekatkanlah dirinya dengan diriku.

Tuhanku,
Jika dia ditakdirkan bukan milikku,
Tidak tercipta buatku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatanku.
Peliharalah diriku
Dari rasa kecewa,
Berikanlah aku kekuatan,
Meskipun tanpa dirinya…..
Engkau gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Walaupun tiada yang sama dengan dirinya.
Kupohon & kurayu pada-Mu yang Satu,
Engkau hapuskanlah perasaan ini,
Seandainya dia tidak mencintaiku…..

Tetapi Tuhanku,
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku,
Kupohon agar Engkau sentiasa
Memperkuatkan cintanya sebagaimana
Kuatnya aku mencintainya……

Saturday, May 17, 2008

Nubhan

Posing maut gitu.. Cutenyer dierrr...




NUBHAN - HANYA KAU YANG MAMPU

Friday, February 1, 2008

FIQ - MAHA KARYA CINTA

Mula-mula aku kecewa kerana artis yang aku minat x dapat p final Juara lagu. Aku sangat berharap agar Fiq dapat kejuara lagu..Tp lagu nyanyian FIQ x terpilih....

Tp mungkin rezeki aku kot.hehehe.... Yer la, dapat jugak aku tgk persembahan FIQ masa final juara lagu. Mmg best masa FIQ bawa lagu tu. klu korang nk tgk lagu yang FIQ nyanyi masa malam tu, ada kat bawah..boleh layannnn...enjoy k...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...